Tentang Blog

My photo
Bantah sekeras-kerasnya keputusan Prof Dr. Mohd Fauzi Ramlan untuk merobohkan Kolej Mohamad Rashid. Kami bantah bukan dek kerana kami ingin menegakkan benang yang basah, kami bantah kerana kebajikan kami bakal terabai. Blog ini diwujudkan adalah untuk menyebarkan maklumat kepada seluruh warga kampus Universiti Putra Malaysia dan masyarakat serta Alumni KMR. Ini bukan provokasi tapi sesuatu kronologi yang benar dan pasti. Diharapkan agar yang membaca benar-benar faham mengenai perasan pelajar KMR dan serba sedikit dapat mengetahui sejauhmana kebajikan pelajar terabai.

Sunday 10 April 2011

Apa kata Naib Canselor??


Isu KMR telah lama wujud. Namun sehingga kini, kami masih belum  pasti apakah pendapat Dato' Ir. Dr. Radin Umar mengenai isu Kolej Mohamad Rashid. Pihak pelajar gagal bertemu dengan beliau tempoh hari. Oleh itu wakil pelajar akan mengadakan sesi perbincangan bersama beliau untuk menyelesaikan isu KMR pada 12 April 2011(Selasa) ini.

Bakal Dirobohkan...........

Lagi Perjumpaan Dengan Prof. Fauzi Ramlan....

Satu perjumpaan akan diadakan atas desakan pihak tertentu yang menuntut supaya TNC HEPA ini bertandang ke Kolej Mohamad Rashid untuk memberi penjelasan. Walaupun beliau tidak boleh buat apa-apa keputusan mengenai isu roboh KMR ini, namun beliau merupakan individu yan paling mengetahui mengenai isu ini.


Perjumpaan bersama beliau akan diadakan pada 12 April 2011(Selasa) jam 10malam bertempat di Balai Cendana Kolej Mohamad Rashid (yang akan dirobohkan kelak).

Perjumpaan Majlis Perwakilan Pelajar bersama pelajar Kolej Mohamad Rashid tempoh hari menjelaskan mengenai syarat-syarat yang ditepatkan oleh Prof. Fauzi untuk turun ke KMR. Berikut merupakan syarat beliau:

1. Beliau tidak mahu di 'boooo"
2. Hanya wakil Blok dan ahli MTM yang dibenarkan masuk ke dalam Balai Cendana. Pelajar lain hendaklah berada diluar dengan menonton siaran langsung di layar putih apa yang berlaku di dalam Balai Cendana.

Namun yang demikian, kami pihak pelajar juga ingin membuat tuntutan. Adalah seperti berikut:

1. Perjumpaan dibuat dengan semua pelajar KMR. Tiada seorang pun akan berkecuali. Dan beliau hendaklah mengadakan sesi dialog.
2. Prof. Fauzi Ramlan hendak membawa hitam putih yang membuktikan pelajar KMR yang layak menginap semuanya ada tempat di P1 dan P2 sekiranya kami setuju untuk berpindah.
3. Tiada pihak pengawal keselamatan yang menghalang pelajar KMR keluar masuk. Ini adalah disebabkan ada diantara pelajar yang baru tamat kelas.
4. Perjumpaan perlu dihadir sekali dengan Bendahari, Pengarah Pembangunan dan semua Pegawai-pegwai yang terlibat.

                                     
Dr. Shattri(Pengarah Bahagian Pembangunan )                     En. Zulfefli(Bendahari UPM)

Jangan buat kami seperti kejadian tempoh hari. Kami cuma mahu buat perjumpaan dengan Unit Pembangunan. Bukannya untuk merusuh. Tapi Polis dan Pengawal Keselamatan UPM telah mengepung KMR. Ini menyebabkan pelajar berasa kurang selesa. Kami bukan Pengganas, Kami Pelajar.

Semoga perjumpaan ini terkawal dan tidak ada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Oleh itu, mari kita bersama-sama hadir pada waktu yang ditetapkan untuk mendengar penjelasan yang beliau akan berikan.

Kepada semua pelajar KMR: Seperti MPP cakap JANGAN BALING KASUT!!