Tentang Blog

My photo
Bantah sekeras-kerasnya keputusan Prof Dr. Mohd Fauzi Ramlan untuk merobohkan Kolej Mohamad Rashid. Kami bantah bukan dek kerana kami ingin menegakkan benang yang basah, kami bantah kerana kebajikan kami bakal terabai. Blog ini diwujudkan adalah untuk menyebarkan maklumat kepada seluruh warga kampus Universiti Putra Malaysia dan masyarakat serta Alumni KMR. Ini bukan provokasi tapi sesuatu kronologi yang benar dan pasti. Diharapkan agar yang membaca benar-benar faham mengenai perasan pelajar KMR dan serba sedikit dapat mengetahui sejauhmana kebajikan pelajar terabai.

Sejarah Kolej Mohamad Rashid


Kolej Mohamad Rashid telah dibina di atas tapak estet Serdang oleh Macmillan and Company, awalnya dikenali sebagai Kolej Kediaman Pertama terdiri daripada lima buah blok kediaman mengikut nama beberapa jenis pokok kayu iaitu Resak, Kempas, Merbau, Cengal dan Kemuning.
Sebagai kolej yang paling lama di kampus ini dan berkembang bersama Kolej Pertanian dan seterusnya



Universiti Pertanian Malaysia, maka tidak hairanlah jika kolej ini sering dikaitkan dengan tokoh-tokoh tertentu. Antaranya ialah Dr. Haji Mohamad Rashid Ahmad (Cikgu Rashid), Tan Sri Dato' Dr. Nayan Ariffin, Tan Sri Ani Arope, Tan Sri Rashdan Baba, Prof. Dato' Dr. Ir. Mohd Zohardie Bardaie, Prof. Dr. Rahim Md. Sail, Prof. Madya Dato' Dr. Idris Abdol, Prof. Dr. Ghizan Salleh dan ramai lagi personaliti Kediaman Pertama pada ketika itu.
Tanggal 1975, sebahagian daripada kolej ini telah dijadikan klinik, Pejabat Persatuan Kolej Pertanian dan Pejabat Persatuan Pelajar (CAMSU). Pada awalnya, kebanyakan penghuni KMR adalah pelajar-pelajar Matrikulasi yang meliputi 95 peratus daripada penghuninya.
Kolej Kediaman Pertama dengan rasminya, telah ditukarkan namanya kepada nama Kolej Kediaman Cikgu Rashid pada 14 Ogos 1988 dan semenjak sistem Kolegiat diperkenalkan di UPM pada awal tahun 1995, nama kolej telah bertukar kepada Kolej Cikgu Rashid. Bermula Mei 1995, selaras dengan imej korporat, Kolej Cikgu Rashid bertukar nama kepada Kolej Mohamad Rashid dan lebih dikenali sebagai KMR dikalangan warga universiti.
Sekolah Pertanian
l
Kolej Pertanian
l
Kolej Kediaman Cikgu Rashid
l
Kolej Mohamad Rashid