Tentang Blog

My photo
Bantah sekeras-kerasnya keputusan Prof Dr. Mohd Fauzi Ramlan untuk merobohkan Kolej Mohamad Rashid. Kami bantah bukan dek kerana kami ingin menegakkan benang yang basah, kami bantah kerana kebajikan kami bakal terabai. Blog ini diwujudkan adalah untuk menyebarkan maklumat kepada seluruh warga kampus Universiti Putra Malaysia dan masyarakat serta Alumni KMR. Ini bukan provokasi tapi sesuatu kronologi yang benar dan pasti. Diharapkan agar yang membaca benar-benar faham mengenai perasan pelajar KMR dan serba sedikit dapat mengetahui sejauhmana kebajikan pelajar terabai.

Sunday 1 May 2011

Temuramah Bersama Alumni Kolej Mohamad Rashid..




Satu temuramah telah dibuat oleh Media Pro Mahasiswa bersama En. Sha'ani (Commissioners Members of Suhakam)


Beliau berasa terkejut dengan isu untuk meroboh Kolej Mohamad Rashid ini untuk tujuan pembinan sebuah kompleks.

Beliau juga menyatakan jika di negara lain bangunan bernilai seperti ini akan dihargai sebagai satu tinggalan sejarah.

Dari pandangan beliau, pihak pengurusan universiti seharusnya memelihara  nilai kolej tertua ini. Jika ingin melakukan perubahan maka perlu ada rundingan dengan banyak pihak yang berkepenting dengan tapak kolej ini sebelum sebarang tindakan diambil.

Pengajaran perlu diambil ketika Univerisiti Pertanian Malaysia ditukarkan kepada Universiti Putra Malaysia kerana dulu mereka merasakan nama pertanian itu tidak sesuai. Namun hakikatnya, sektor pertanian masih lagi merupakan salah satu sektor yang terpenting bagi menambah pendapatan negara.


"sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna'

KMR harus dinilai dalam keadaan yang sama. Beliau menekan tentang perlu ada runding dengan semua bekas pelajar supaya bangunan ini tidak hilang atau dilupuskan begitu saja.

KMR harus dikekalkan. Pihak bertanggungjawab tidak sepatutnya tidak mengambil mudah tentang Kolej Mohamad Rashid ini.