Tentang Blog

My photo
Bantah sekeras-kerasnya keputusan Prof Dr. Mohd Fauzi Ramlan untuk merobohkan Kolej Mohamad Rashid. Kami bantah bukan dek kerana kami ingin menegakkan benang yang basah, kami bantah kerana kebajikan kami bakal terabai. Blog ini diwujudkan adalah untuk menyebarkan maklumat kepada seluruh warga kampus Universiti Putra Malaysia dan masyarakat serta Alumni KMR. Ini bukan provokasi tapi sesuatu kronologi yang benar dan pasti. Diharapkan agar yang membaca benar-benar faham mengenai perasan pelajar KMR dan serba sedikit dapat mengetahui sejauhmana kebajikan pelajar terabai.

Saturday 23 April 2011


Terkilan kolej KMR UPM bakal dirobohkan
Abdul Adli
Apr 23, 11
11:25am
Kongsi 39
Tidak ramai yang tahu, tidak ramai yang ambil tahu apatah lagi berbuat sesuatu. Tidak heboh di media arus perdana, supaya masyarakat tak banyak soal. Namun, inilah realitinya nasib kolej yang pertama berdiri di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Kolej Mohamad Rashid (KMR), usianya tidak setua usia penjara pudu, dinding dan lantainya masih kukuh berdiri. Hanya kerana masalah pendawaian (wiring), kos baikpulihnya didakwa terlalu besar, justeru KMR diisytihar tidak selamat.

Atas nama pembangunan, nasib kolej ini hampir sama seperti Penjara Pudu di kotaraya Kuala Lumpur. Penjara Pudu salah satu warisan bangunan lama berdiri di negara kita. 

Bezanya, Penjara Pudu tempat orang bersalah dan KMR tempat golongan terpelajar. KMR akan dirobohkan dan dibina bangunan baru berfungsi sebagai kompleks dan kolej.

KMR adalah warisan UPM. Pembinaannya di atas tapak estet Serdang oleh Macmillan and Company yang pada awalnya dikenali sebagai Kolej Kediaman Pertama.

Kolej inilah teratak sebahagian profesor dan doktor-doktor di UPM yang dahulunya sejak UPM dikenali sebagai sekolah pertanian.

Sekilas pandang, projek ini memang memberi manfaat kepada UPM dan warganya. Itu tidak dinafikan. 

Namun, penulis mula musykil dengan ketelusan pentadbiran untuk laksanakan projek ini apabila wakil pelajar KMR meminta laporan rasmi kerosakan bagi membuktikan KMR tidak selamat, TNC HEPA dan Pejabat Pembangunan berdalih dan beralasan untuk serahkan, rupa-rupanya belum ada laporan kerosakan KMR dibuat. Ini berlaku kira-kira pertengahan Mac lalu.

Lebih menghairankan, ada wakil KMR mendakwa mereka pernah ditunjukkan cadangan rekabentuk kompleks baru yang akan didirikan. Namun, apabila mereka minta laporan rasmi kerosakan KMR, tidak diberi pula. 

Datangnya cadangan projek terlebih dahulu sebelum laporan rasmi kerosakan dikeluarkan. Ini petanda projek dilaksanakan tidak telus.

Oleh itu, penulis beranggapan KMR dirobohkan untuk membolehkan projek bernilai jutaan ringgit itu diteruskan. Persoalannya, mengapa di tapak KMR itu kompleks baru dibina? Sedangkan tanah umpama padang ragut di UPM masih luas.

Penulis tidak menolak pembangunan di UPM. Penulis hanya mahu luahkan rasa kecewa penulis terhadap pentadbiran universiti yang tidak telus dalam melangsungkan projek sebesar ini. Banyak lagi perkara yang disembunyikan pentadbiran dari pengetahuan awam. Belum lagi penulis sentuh tentang kesan-kesan projek ini dibuat.

Penulis mahukan ketelusan pentadbiran UPM dan tidak terlalu berdolak-dalih dengan pelajar sehingga timbulnya rasa kurang senang terhadap pentadbiran universiti penyelidikan ini. 

Alumni-alumni, pelajar-pelajar dan warga UPM, ingatlah KMR sebagai warisan UPM akan hilang. KMR akan roboh hanya kerana pembangunan yang dibuat dengan rasa dukacita dan kecewa pelajar serta mereka yang cintakan keadilan dan integriti. Kalau sudah roboh, menangislah air mata darah sekali pun, kompleks baru tetap tidak sama dengan KMR.

Pentadbiran gagal meyakinkan pelajar dan warga UPM. Penulis tetap beranggap bahawa KMR dirobohkan hanya untuk membolehkan projek baru dibuat demi kepentingan ekonomi. Bukannya kerana KMR tidak selamat lagi didiami. Bukankah tanah di UPM masih luas? 

Penulis adalah mahasiswa UPM 


Friday 15 April 2011

Persetujuan...

Pelajar KMR bersetuju untuk pindah keluar jika bangunan KMR benar-benar tidak selamat. Kami yakin Pihak Pengurusan Universiti telah membuat keputusan yang terbaik. Namun kami mohon, pertimbangkan permohonan kami demi kebajikan pelajar kami.

Monday 11 April 2011

Sesi Dialog Bersama Unit Pembangunan & Aset UPM...

KMR, 5 April 2011 - Sesi Penerangan dan dialog secara tertutup telah diadakan di Balai Cendana, KMR pada jam 4 petang. Pihak kami difahamkan Dr. Shattri(Pengarah) tidak dapat hadir dan beliau memohon maaf disebabkan tidak dapat hadir.

Antara wakil yang hadir ialah:
Dari Kiri :En Fuad(Jurutera Elektrik), En Faudzir(Ketua Bahagian Penyelenggaraan, Hj Ismail(Juru Ukur), En. Amran(Ketua Bahagian Pentadbiran dan Kewangan)

Turut hadir bersama wakil BHEP dan Pengarah Bahagian Keselamatan.

Sepanjang sesi penerangan keadaan kelihatan terkawal dan tenang. Namun setelah sesi dialog bermula, keadaan mula kecoh dengan soalan-soalan yang diajukan oleh pelajar. Terdapat banyak soalan-soalan yang tidak dapat dijawab secara jelas.

Mengikut kata seorang individu yang ingin identitinya dirahsiakan, pada pertemuan tersebut beliau telah meminta Bahagian Pembangunan mengeluarkan hitam putih yang dapat membuktikan bahawa bangunan KMR tidak selamat diduduki. Daripada jawapan yang diberikan, pihak pembangunan akan memanggil kontraktor luar untuk memeriksa struktur bangunan tersebut. 

Selain daripada struktur bangunan, pihak pembangunan juga ada menyatakan mengenai sistem pendawaian di KMR yang memerlukan masa yang lama dan kos yang tinggi untuk dibaikki.

Sebelum tamat sesi dialog tersebut, hampir separuh pelajar yang hadir bertindak keluar dari Balai Cendana tersebut. Namun, sesi dialog masih diteruskan.

Pihak Pembangunan juga mengakui bahawa pihaknya tidak dapat memberi jawapan mengenai isu roboh KMR, kerana mereka merupakan badan perlaksana dan bukan badan membuat keputusan tegasnya.

Perjumpaan tersebut diakhiri dengan keadaan yang tenang dan terkawal.

Pertemuan bersama TNC Akademik & Antarabangsa.....


UPM, 5 April 2011 - Satu perjumpaan bersama Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris(TNC A&A)
bersama wakil pelajar KMR pada jam 3petang.

Beliau terpanggil untuk berbincang mengenai ura-ura pelajar ingin mengadakan demonstrasi mengenai isu KMR. Beliau dimaklumkan Pro Mahasiswa yang ingin mengadakan demonstrasi tersebut. Pihak kami telah menjelaskan kepada beliau, perkara tersebut tidak ada kena mengena dengan pihak Pro M UPM. Dan pelajar tidak mengadakan demonstrasi, cuma perhimpunan aman yang dibuat secara tertutup bersama wakil Unit Pembangunan & Aset UPM. Ia merupakan satu sesi dialog untuk menjelaskan kepada pelajar berkenaan dengan tahap keselamatan KMR.

Sebelum pertemuan diadakan, beliau sempat berhubung dengan Naib Canselor yang pada ketika itu sedang mengerjakan umrah. 

Dalam pertemuan tersebut turut hadir, wakil Unit Pembangunan & Aset ialah Tuan Hj Ismail dan En. Faudzir. Pihak kami difahamkan Pengarah Bahagian Pembangunan tidak dapat hadir disebabkan ada urusan lain.

Datin telah meminta wakil pelajar menghangtar satu memorandum untuk perhatian Naib Canselor dan berjanji untuk mengaturkan satu pertemuan wakil pelajar bersama Naib Canselor pada minggu hadapan. Beliau juga turut mengarahkan supaya wakil pembangunan untuk hadir ke KMR untuk memberi penjelasan kepada pelajar. Sedikit sebanyak pelajar memperoleh info. Harapan beliau perkara ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin.

Sunday 10 April 2011

Apa kata Naib Canselor??


Isu KMR telah lama wujud. Namun sehingga kini, kami masih belum  pasti apakah pendapat Dato' Ir. Dr. Radin Umar mengenai isu Kolej Mohamad Rashid. Pihak pelajar gagal bertemu dengan beliau tempoh hari. Oleh itu wakil pelajar akan mengadakan sesi perbincangan bersama beliau untuk menyelesaikan isu KMR pada 12 April 2011(Selasa) ini.

Bakal Dirobohkan...........

Lagi Perjumpaan Dengan Prof. Fauzi Ramlan....

Satu perjumpaan akan diadakan atas desakan pihak tertentu yang menuntut supaya TNC HEPA ini bertandang ke Kolej Mohamad Rashid untuk memberi penjelasan. Walaupun beliau tidak boleh buat apa-apa keputusan mengenai isu roboh KMR ini, namun beliau merupakan individu yan paling mengetahui mengenai isu ini.


Perjumpaan bersama beliau akan diadakan pada 12 April 2011(Selasa) jam 10malam bertempat di Balai Cendana Kolej Mohamad Rashid (yang akan dirobohkan kelak).

Perjumpaan Majlis Perwakilan Pelajar bersama pelajar Kolej Mohamad Rashid tempoh hari menjelaskan mengenai syarat-syarat yang ditepatkan oleh Prof. Fauzi untuk turun ke KMR. Berikut merupakan syarat beliau:

1. Beliau tidak mahu di 'boooo"
2. Hanya wakil Blok dan ahli MTM yang dibenarkan masuk ke dalam Balai Cendana. Pelajar lain hendaklah berada diluar dengan menonton siaran langsung di layar putih apa yang berlaku di dalam Balai Cendana.

Namun yang demikian, kami pihak pelajar juga ingin membuat tuntutan. Adalah seperti berikut:

1. Perjumpaan dibuat dengan semua pelajar KMR. Tiada seorang pun akan berkecuali. Dan beliau hendaklah mengadakan sesi dialog.
2. Prof. Fauzi Ramlan hendak membawa hitam putih yang membuktikan pelajar KMR yang layak menginap semuanya ada tempat di P1 dan P2 sekiranya kami setuju untuk berpindah.
3. Tiada pihak pengawal keselamatan yang menghalang pelajar KMR keluar masuk. Ini adalah disebabkan ada diantara pelajar yang baru tamat kelas.
4. Perjumpaan perlu dihadir sekali dengan Bendahari, Pengarah Pembangunan dan semua Pegawai-pegwai yang terlibat.

                                     
Dr. Shattri(Pengarah Bahagian Pembangunan )                     En. Zulfefli(Bendahari UPM)

Jangan buat kami seperti kejadian tempoh hari. Kami cuma mahu buat perjumpaan dengan Unit Pembangunan. Bukannya untuk merusuh. Tapi Polis dan Pengawal Keselamatan UPM telah mengepung KMR. Ini menyebabkan pelajar berasa kurang selesa. Kami bukan Pengganas, Kami Pelajar.

Semoga perjumpaan ini terkawal dan tidak ada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Oleh itu, mari kita bersama-sama hadir pada waktu yang ditetapkan untuk mendengar penjelasan yang beliau akan berikan.

Kepada semua pelajar KMR: Seperti MPP cakap JANGAN BALING KASUT!!

Saturday 9 April 2011

Pandangan Pelajar....

Jika sudah ada perancangan untuk meroboh, sepatutnya juga telah ada perancangan untuk memindahkan pelajar dan menyediakan keperluan pelajar untuk menjaga kebajikan mereka. Hari demi hari masa semakin suntuk dan kini pelajar diarah keluar dari kolej tapi kemana pelajar KMR  mahu pergi??Pelajar mempersoalkan kebajikan mereka, jawapan yang diberikan:


"maaf kami tidak dapat sediakan"

Persoalannya, mengapa dari awal semester pihak berkenaan tidak memikirkan cara tersebut? Sangat mengecewakan pelajar.


Blok P1 dan P2 yang disediakan tidak dapat menampung jumlah penghuni KMR. Secara logiknya, 5 Blok hendak di jadikan kepada 2 Blok sahaja. 

Friday 8 April 2011

Sesuatu yang tidak pasti.....



Kronologi peristiwa -isu KMR-

APRIL 2010 (Study week)
Menghantar memorandum menuntut KMR dibaikpulih dan diselenggara kepada Naib Canselor.

JULAI 2010 – Mesyuarat bersama (Ketua BHEP, BAHAGIAN PEMBANGUNAN, PENGERUSI JEMAAH PENGETUA, KETUA UNIT PENEMPATAN PELAJAR, PENGURUS KOLEJ SERTA PRESIDEN) 


KMR hanya akan di baik pulih, setelah didapati tidak melepasi penyelarasan ISO. Wakil daripada PEMBANGUNAN telah membuat semakan di KMR dan menyatakan KMR perlu dibaik pulih kerana masalah perpaipan, ‘wiring’, tingkap yang pecah. Proses pecah tanah  sepatutnya bermula 02/07/2010 dan akan mengambil masa 4 tahun. Tiada hitam putih dikeluarkan untuk perjumpaan ini. Pelan Penyelenggaraan hanya dibenarkan dilihat oleh Majlis Tertinggi Mahasiswa [MTM] tapi tidak dibenarkan untuk memiliki ‘soft copy’.

SEBELUM BERMULA SEMESTER  1 (2010/2011)
Maklumat mengenai pengosongan KMR disebarkan kepada pelajar-pelajar KMR menerusi surat daripada pengurusan KMR bermula pada sem 1 (2010/2011). Pelajar KMR di tempatkan di Kolej SERUMPUN buat sementara waktu.

KEHIDUPAN PADA SEMESTER  1 (2010/2011)
Wujud kesukaran untuk MTM mengadakan aktiviti kolej dan menguruskan pelajar kerana kedudukan pelajar yang tidak setempat dan bertebaran. Tetapi, aktiviti tetap dijalankan walaupun terpaksa menyediakan bas untuk mengadakan aktiviti kolej di kolej sendiri iaitu KMR. 

OCTOBER 2010 – PERJUMPAAN KEDUA DENGAN TNC, PEMBANGUNAN, KETUA BAHAGIAN
MTM KMR meminta penjelasan mengapa KMR masih lagi tiada perubahan? TNC tidak tahu-menahu mengenai isu ini dan kecewa mengapa pelbagai janji dibuat dengan pelajar namun tiada sebarang tindakan?? Mengapa pelajar KMR tidak dibenarkann masuk semula ke kolej kediaman mereka?? Dan keputusan diambil untuk memanggil semula pelajar KMR pulang, pemberitahuan dibuat menerusi pengumuman dan pemberitahuan kepada pelajar-pelajar KMR. (Arahan Prof Fauzi Ramlan)

BERMULA SEMESTER 2 (2010/2011)
Pelajar KMR pulang semula ke kolej kediaman mereka semula…

JANUARI – PERJUMPAAN DENGAN TNC (FAUZI RAMLAN)
Perubahan rancangan secara mendadak diputuskan TNC, status KMR akan dinaiktaraf. Didapati terdapat Pelan Baru yang telah dikemukakan oleh Timbalan Naib Canselor. PELAN BARU ini dirangka dalam keadaan pihak PEMBANGUNAN tidak datang semula ke KMR dan hanya menggunakan pemerhatian yang mereka jalankan pada tahun lalu (Sebelum bermula semester 1 2010/2011). (juga tiada hitam putih untuk pertemuan kali ini).

FEB @ MAC – PERJUMPAAN KETIGA, TIMBALAN NAIB CANSELOR,  DAN ORANG-ORANG YANG TERLIBAT
Berdasarkan plan yang dilihat wakil-wakil KMR bersama pihak atasan, KMR akan dirobohkan bukan ‘Redevelopment’. Berdasarkan perancangan, KMR akan diganti dengan kompleks pelajar setinggi 8 tingkat yang dilengkapi dengan saloon, bowling (tujuannya untuk memudahkan pelajar agar tidak perlu ke luar bagi mendapatkan hiburan dan perkhidmatan), dan akan dibina penempatan bagi pelajar elit (seperti pelajar MSN).

15 MAC 2011 –PERJUMPAAN MPP BERSAMA MTM KMR
Perjumpaan ahli Majlis Perwakilan Pelajar [MPP]  bersama MTM KMR, wakil MPP menyatakan KMR tidak akan dirobohkan, hanya sebahagian bangunan sahaja yang akan dirobohkan. MPP juga menyampaikan hasrat TNC agar pelajar-pelajar dapat bertenang. Semasa perjumpaan, terdapat banyak percangahan maklumat yang dibawa oleh MPP. Adakah TNC cakap pada MTM lain dan MPP lain??

 PERJUMPAAN KE-4 bersama TNC/PEMBANGUNAN PADA 24 MAC BATAL..
Mesyuarat dibatalkan kerana TNC tiada setelah Setiausaha TNC membuat panggilan telefon kepada wakil MTM KMR pada 21 MAC 2011.Pihak MTM KMR pernah buat appointment baharu ingin bertemu dengan Naib Canselor, Tetapi kes ini diserahkan semula kepada Timbalan Naib Canselor, Prof. Dr. Fauzi Ramlan.

(23 Mac 2011)  PERJUMPAAN TERGEMPAR MTM BERSAMA PELAJAR KMR
Satu perjumpaan bersama pelajar-pelajar KMR telah diadakan bagi membincangkan isu-isu KMR. Daripada perjumpaan tersebut satu keputusan persetujuan bersama telah dibuat.Pelajar telah sepakat untuk mempertahankan KMR daripada dirobohkan demi memastikan kebajikan mereka terbela di samping mengekalkan warisan sejarah yg ada di sini.

Mesyuarat MTM dan wakil2 KMR bersama NC dihalang.
Mesyuarat dengan NC tidak kesampaian apabila TNC tidak membenarkan pelajar masuk ke pejabat NC sebaliknya disuruh menunggu di bawah. Setelah 10 minit menunggu, TNC turun dan membentangkan hasil perbincangan beliau dengan NC. Dalam perjumpaan ini,wakil KMR telah meminta supaya ditunjukkan hitam putih yang mengatakan KMR tidak selamat diduduki. Namun TNC mengatakan laporan tersebut ada dengan pihak pembangunan dan meminta MTM KMR mendapatkannya dengan pihak berkenaan.

(5 APRIL 2011) PERJUMPAAN WARGA KMR BERSAMA BAHAGIAN PEMBANGUNAN UPM
Perjumpaan yang akan dibuat bermula pada pukul 4.00 petang namun begitu sejak awal pagi, kelihatan ramai pengawal2 UPM berkawal di pagar dan sekitar KMR. Dalam perjumpaan tersebut, pelajar2 meminta pihak pembangunan menunjukkan laporan hitam putih seperti yang dinyatakan TNC ada pada pihak pembangunan. Pihak pembangunan meminta tempoh seminggu untuk membuat laporan tersebut dan ini bermakna laporan tersebut masih belum dibuat. Jelas percanggahan kenyataan oleh TNC dengan Pihak Pembangunan di situ.

(6 APRIL 2011) PERJUMPAAN MPP UPM BERSAMA PELAJAR-PELAJAR KMR
wakil MPP menyatakan kebajikan pelajar KMR akan terjamin sekiranya berpindah ke serumpun.Pelajar tidak berpuashati kerana tiada jaminan ia akan dipenuhi sebaliknya pelajar tetap bertegas untuk terus mempertahankan KMR selagi tiada hitam putih menyatakan KMR tidak selamat. MPP juga menyampaikan hasrat TNC agar pelajar-pelajar dapat bertenang dan memenuhi syarat2 yg telah ditetapkan untuk perjumpaan dengan TNC pada selasa hadapan (12 April 2011) - Setakat ini tiada perancangan untuk membaling kasut seperti yang dikatakan oleh MPP!

Prof Fauzi Tidak Benarkan Berjumpa Dato' Radin


Mesyuarat dgn NC awal pagi tadi tidak kesampaian apabila Prof. Fauzi Ramlan tidak membenarkan pihak pelajar menyertai perjumpaan beliau dgn Naib Canselor...setelah hampir 10 minit menunggu di pejabat NC, pelajar disuruh tunggu TNC dibawah..kemudian TNC turun dan membentangkan hasil perbincangan beliau dgn NC..


Beliau membentangkan perkara yang sama kepada pelajar.. nantikan video perbualan beliau bersama wakil pelajar ketika itu......

Perjumpaan Tergempar . . . . .

Dataran Siswa KMR ,23 Mac 2011(10malam) - Perjumpaan semua pelajar KMR bersama MTM telah diadakan bagi membincangkan tentang Isu KMR.


Perjumpaan tersebut telah dipengerusikan oleh saudara Taufik(Naib Presiden 1). 


Tujuan perjumpaan itu diadakan adalah untuk mendapatkan kata sepakat daripada pelajar sama ada ingin berpindah atau tidak.


Setelah berbincang hampir 1 jam 30 minit, satu keputusan persetujuan bersama telah pun dibuat. Pelajar ingin mempertahankan Kolej Mohamad Rashid demi memastikan kebajikan mereka sentiasa terbela.


Semester yang lepas telah memberi satu pengalaman yang pahit pada pelajar KMR selama menghuni Kolej Serumpun. Pengalaman tersebut memberi kesan yang negatif pada pelajar.


Contoh masalah yang dihadapi ialah masalah untuk mendapatkan tempat bagi menjalankan aktiviti. Pelajar KMR juga ditempatkan berasingan.


Penerimaan warga serumpun terhadap pelajar KMR juga menunjukkan bahawa mereka terganggu dengan kehadiran pelajar KMR.

TNC HEPA arahkan buat Mesyuarat Khas . . . . .

Pengurus KMR mendapat arahan daripada Prof Fauzi Ramlan yang berkehendak satu Mesyuarat Khas diadakan bagi membincangkan isu KMR.

Mesyuarat telah ditetapkan pada 24 Mac 2011. Namun dukacita dimaklumkan, mesyuarat tersebut dibatalkan atas sebab TNC perlu menghadiri Bengkel di KPT.

Panggilan mesyuarat telah pun dikeluarkan. Antara yang akan hadir pada hari tersebut ialah Bendahari UPM, Pengetua KMR, Ketua BHEP, Pengarah Unit Pembangunan dan Aset serta wakil MTM.

Sesi Beramah Mesra MPP bersama MTM KMR

Bilik Majlis KMR,  15 Mac 2011 (8.30mlm)...Berikut info terbaru yg dibawa mengenai status kolej: 

1.membawa hasrat TNC supaya MTM tenangkan student KMR
2.KMR tidak dirobohkan, tapi kwsan sekeliling akan dibangunkan (bercangah dengan apa yg dikatakan TNC)
3.Pelajar KMR dipindahkan ke Kondo di sebelah South City
4.Yuran kolej dikekalkan
5.Pembinaan dlm jangka masa 4 tahun

sedikit persoalan:

1. apa student KMR buat?
2. perjumpaan terbaru MTM dgn TNC, beliau kata roboh..mana satu ni???
3.Cukup ke duit UPM nk tanggung kondo tu?
4.utk sem dpn mungkin yuran kekal sama, dua sem akan datang siapa boleh pastikan tiada peningkatan dlm yuran kolej??
5. 4 tahun???first year tahun 2011 ni dah grad..lps tu xambil student baru..nk lupuskan generasi KMR ke??

Perjumpaan demi perjumpaan . . . . . .

Bilik Bunga Raya, 25 Feb - Setelah berusaha sekian tempoh. Satu 
pertemuan telah diatur bersama TOP 5 MTM dan TNC HEPA bagi membincangkan mengenai penggantungan isu KMR yang telah memberi kesan kpd kebajikan pelajar yg melibatkan Uspot, Elektik dan masalah air.


Beliau menunjukkan pelan untuk membina Kompleks 8 tingkat. Akan 
turut dibina sebuat pusat boling, salon, Starbucks, McD dan lain-lain.


Proposal untuk mendirikan sebuah kompleks ini belum lagi mendapat kelulusan kata beliau.


Sepanjang perjumpaan tersebut tiada langsung perbincangan terperinci mengenai kebajikan pelajar KMR apabila dipindahkan kelak. Beliau berkata perkara tersebut akan dibincangkan kemudian.

Mesyuarat Dibatalkan!!

Pejabat Am KMR, 8 Febuari 2011 - Satu mesyuarat yang diaturkan oleh Pihak Pengurusan KMR untuk membincangkan Status Kolej Mohamad Rashid dibatalkan. Antara ahli mesyuarat yang dijemput bagi membincang isu tersebut ialah Prof. Dr. Mohd Fauzi Ramlan(TNC HEPA), Bendahari UPM, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Pengarah Unit Pembangunan, Pihak Pengurusan KMR serta Presiden Majlis Tertinggi Mahasiswa KMR. Dimaklumkan tentang pembatalan mesyuarat tersebut adalah disebabkan Prof Fauzi tidak dapat hadir kerana ada urusan luar.

Inisiatif telah pun dibuat oleh pihak pengurusan KMR untuk menyelesaikan isu yang tergantung lama ini dengan segera. Namun dukacita perkara tersebut masih belum dapat diputuskan.

Penjelasan Ketua BHEP ketika dihubungi telah bersetuju untuk berjumpa bagi menjelaskan mengapa Mesyuarat Mengenai Pembaikkan KMR dibatalkan tempoh hari (8 Feb). Beliau juga akan memberikan penjelasan mengenai status KMR pada 22 Feb(Selasa).

KMR Meniti Hari-hari Penuh Kenangan.......

Janji Tinggal Janji

Keputusan penempatan semula pelajar di Kolej Mohamad Rashid UPM telah dipersetujui bersama, Majlis Tertinggi Mahasiswa KMR, Pihak Pengurusan KMR, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Bendahari(Unit Pembangunan) UPM.

Walaubagaimana pun, Timbalan Naib Canselor (HEPA) , Prof. Dr. Fauzi Hj Ramlan dalam kenyataannya tempoh hari, Unit Pembangunan UPM akan melakukan sesuatu setelah keputusan untuk merobohkannya dibatalkan kerana bakal mendapat tentangan hebat dari Alumni dan pelajar.

Terdapat beberapa kelemahan yang dikenalpasti dalam kronologi pembuatan keputusan terrsebut.

1. Bendahari (Unit Pembangunan) tidak ada perancangan yang khusus. Oleh sebab itu tiada sebarang kerja-kerja naik taraf dilakukan.

2. Bendahari (Unit Pembangunan) lambat membuat keputusan.

3. Janji akan melakukan kerja-kerja naik taraf pada semester lepas tidak ditunaikan.

Kabar angin mengatakan tidak akan ada kerja-kerja naik taraf yang akan dilakukan di KMR. Mengapa keputusan ini tidak diberitahu? Mahasiswa KMR mendiamkan diri itu tidak bermakna mereka tidak mengambil tahu tentang perkembangan kolej mereka dan Bendahari (Unit Pembangunan) mendiamkan diri seolah-olah cuba melupakan janji mereka. Apa semua in??? Adakah ini contoh Perkhidmatan yang diberikan oleh kerajaan di negara ini? Adakah UPM satu-satunya universiti yang bersikap begini?

Persoalan yang dilontarkan pelajar:

1. Dimana peruntukan RM4j yang dikatakan dulu?
2. Bendahari tidur ke?
3. Macam ini ke kakitangan kerajaan?
4. UPM tidak prihatin ke dengan pelajar KMR?

Pandangan peribadi penulis adalah, pihak pengurusan universiti tidak sepatutnya bersikap acuh tak acuh begini. Perkara ini tidak akan jadi masalah jika kolej tersebut tidak berpenghuni.

Pihak Pengurusan Universiti perlu membuka mata dan bangkit dari tidur untuk berusaha menyelesaikan isu ini secepat mungkin. Jika perkara seperti ini berlaku pada tahun 80an -90an, sudah pasti mahasiswa pada masa itu akan bangkit dengan suara yang lantang dan berdemonstrasi. Perkara seperti ini lebih elok dielakkan daripada berlaku.

Situasi Awal Perancangan Mengenai KMR

Satu memorandum yang dibuat oleh MANTAN Presiden 2008/2009  pada ketika itu memohon supaya Pihak Pengurusan UPM menyelamatkan KMR dengan menyelenggara Sistem Pempaipan, sistem pendawaian dan keselamatan pelajar. Niat baik ini disokong pelbagai pihak kerana dapat memudahkan kerja mereka.

Setelah itu, satu mesyuarat diadakan pada pertengahan Mei 2010 antara mereka yang terlibat ialah Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Wakil Unit Pembangunan dan Aset, Pengurus KMR, Presiden MTM 10/11, Naib Presiden III MTM dan wakil MPP bagi membincangkan proses penempatan pelajar KMR. Persoalannya, mengapa pelajar diwajibkan pindah ke kolej lain?Sedangkan KTP & KTDI tidak pun dipindahkan ke kolej lain semasa kolej memperbaiki sistem pendawaian. Adakah keputusan ini bergantung kepada kebijaksanaan Pengurus kolej??. Hasil perbincangan mesyuarat seperti berikut:

1. Pelajar KMR akan ditempatkan di Kolej Serumpun selama satu semester.
2. Proses baik taraf akan bermula pada Julai 2010. 
3. Proses naik taraf melibatkan Tingkap, Pintu, Sistem Pempaipan, Sistem Pendawaian, Toilet dan Cat.
4. Tender akan dipecahkan kepada 5 bahagian, ini bermakna 1 blok 1 tender.Kononnya akan cepat siap.



Maka, satu persetujuan telah dicapai. 

Kerja-kerja menaik taraf dinanti oleh semua warga kolej. Tetapi malangnya, sehingga pertengahan Ogos masih belum ada apa-apa tindakan bahkan rancangan untuk KMR masih tiada. Tidak puas hati dengan perkara ini, Presiden terus berjumpa dengan Timbalan Naib Canselor HEPA(Prof. Mohd Fauzi) untuk mendapatkan kepastian. Dukacita dimaklumkan, hasil perbincangan pada bulan MEI lepas ditolak oleh Naib Censelor(Tan Sri Pro. Nik Mustapha) dengan alasan KMR terlalu uzur dan tidak economical untuk dibuat renovation. Persoalannya mengapa diarahkan supaya kolej dikosongkan sebelum mendapat kelulusan dari Naib Canselor?

Perpindahan merupakan satu perkara yang sia-sia

Walauibagaimanapun, satu desakan dibuat bagi memastikan KMR dinaik taraf seperti yang dijanjikan. Memorandum kedua dibuat sebagai satu desakan supaya KMR dinaik taraf secepat mungkin. Setelah berulang-alik ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Didapati adalah sangat mustahil KMR dapat disiapkan dalam satu semester. Kerana terdapat beberapa perkara yang menjadi kekangan seperti :

1. Proses perbincangan akan dilakukan semula dari peringkat awal.
2. Jangka masa pengeluaran tender dan kerja-kerja dimulakan.(setelah tender dikeluarkan,kontraktor pula mengambil masa untuk menyediakan satu laporan)
3. Naib Canselor secara lisan menyatakan KMR tidak akan siap pada semester akan datang.
Oleh itu apabila dicongak, kerja naik taraf mungkin dapat disiapkan dalam masa 2 tahun.

Perjumpaan kali ketiga bersama TNC HEPA mengambil keputusan pelajar akan ditempatkan semula di KMR kemudian akan diikuti dengan proses naik taraf atau penyelenggaraan yang diminta. Mari kita fikirkan bersama, dalam keadaan manakah tindakan akan cepat diambil, semasa KMR berpenghuni ataupun kosong. Jika difikirkan, tindakan akan cepat diambil semasa KMR berpenghuni, ini adalah kerana pihak pengurusan universiti akan mengambil berat dengan keselamatan pelajar. Bayangkan pula jika KMR tidak berpenghuni, sampai bila tindakan akan diambil???

Jadi MTM sebulat suara bersama-sama Pihak Pengurusan KMR mengambil keputusan memohon supaya pelajar KMR ditempatkan semula di kolej yang disayangi. Setelah mengambil kira permasalahan yang dihadapi oleh MTM dan juga pelajar KMR.

Perjumpaan  warga kolej telah dibuat, majoriti(hampir kesemuanya) bersetuju ingin berpindah semula ke KMR pada semester hadapan. Tanpa disedari Allah permudahkan urusan. Semuanya bersetuju berpindah semula ke KMR.

Moga penerangan ini jelas kepada mereka yang kekurangan maklumat mengenai ini.