Tentang Blog

My photo
Bantah sekeras-kerasnya keputusan Prof Dr. Mohd Fauzi Ramlan untuk merobohkan Kolej Mohamad Rashid. Kami bantah bukan dek kerana kami ingin menegakkan benang yang basah, kami bantah kerana kebajikan kami bakal terabai. Blog ini diwujudkan adalah untuk menyebarkan maklumat kepada seluruh warga kampus Universiti Putra Malaysia dan masyarakat serta Alumni KMR. Ini bukan provokasi tapi sesuatu kronologi yang benar dan pasti. Diharapkan agar yang membaca benar-benar faham mengenai perasan pelajar KMR dan serba sedikit dapat mengetahui sejauhmana kebajikan pelajar terabai.

Monday 11 April 2011

Sesi Dialog Bersama Unit Pembangunan & Aset UPM...

KMR, 5 April 2011 - Sesi Penerangan dan dialog secara tertutup telah diadakan di Balai Cendana, KMR pada jam 4 petang. Pihak kami difahamkan Dr. Shattri(Pengarah) tidak dapat hadir dan beliau memohon maaf disebabkan tidak dapat hadir.

Antara wakil yang hadir ialah:
Dari Kiri :En Fuad(Jurutera Elektrik), En Faudzir(Ketua Bahagian Penyelenggaraan, Hj Ismail(Juru Ukur), En. Amran(Ketua Bahagian Pentadbiran dan Kewangan)

Turut hadir bersama wakil BHEP dan Pengarah Bahagian Keselamatan.

Sepanjang sesi penerangan keadaan kelihatan terkawal dan tenang. Namun setelah sesi dialog bermula, keadaan mula kecoh dengan soalan-soalan yang diajukan oleh pelajar. Terdapat banyak soalan-soalan yang tidak dapat dijawab secara jelas.

Mengikut kata seorang individu yang ingin identitinya dirahsiakan, pada pertemuan tersebut beliau telah meminta Bahagian Pembangunan mengeluarkan hitam putih yang dapat membuktikan bahawa bangunan KMR tidak selamat diduduki. Daripada jawapan yang diberikan, pihak pembangunan akan memanggil kontraktor luar untuk memeriksa struktur bangunan tersebut. 

Selain daripada struktur bangunan, pihak pembangunan juga ada menyatakan mengenai sistem pendawaian di KMR yang memerlukan masa yang lama dan kos yang tinggi untuk dibaikki.

Sebelum tamat sesi dialog tersebut, hampir separuh pelajar yang hadir bertindak keluar dari Balai Cendana tersebut. Namun, sesi dialog masih diteruskan.

Pihak Pembangunan juga mengakui bahawa pihaknya tidak dapat memberi jawapan mengenai isu roboh KMR, kerana mereka merupakan badan perlaksana dan bukan badan membuat keputusan tegasnya.

Perjumpaan tersebut diakhiri dengan keadaan yang tenang dan terkawal.

Pertemuan bersama TNC Akademik & Antarabangsa.....


UPM, 5 April 2011 - Satu perjumpaan bersama Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris(TNC A&A)
bersama wakil pelajar KMR pada jam 3petang.

Beliau terpanggil untuk berbincang mengenai ura-ura pelajar ingin mengadakan demonstrasi mengenai isu KMR. Beliau dimaklumkan Pro Mahasiswa yang ingin mengadakan demonstrasi tersebut. Pihak kami telah menjelaskan kepada beliau, perkara tersebut tidak ada kena mengena dengan pihak Pro M UPM. Dan pelajar tidak mengadakan demonstrasi, cuma perhimpunan aman yang dibuat secara tertutup bersama wakil Unit Pembangunan & Aset UPM. Ia merupakan satu sesi dialog untuk menjelaskan kepada pelajar berkenaan dengan tahap keselamatan KMR.

Sebelum pertemuan diadakan, beliau sempat berhubung dengan Naib Canselor yang pada ketika itu sedang mengerjakan umrah. 

Dalam pertemuan tersebut turut hadir, wakil Unit Pembangunan & Aset ialah Tuan Hj Ismail dan En. Faudzir. Pihak kami difahamkan Pengarah Bahagian Pembangunan tidak dapat hadir disebabkan ada urusan lain.

Datin telah meminta wakil pelajar menghangtar satu memorandum untuk perhatian Naib Canselor dan berjanji untuk mengaturkan satu pertemuan wakil pelajar bersama Naib Canselor pada minggu hadapan. Beliau juga turut mengarahkan supaya wakil pembangunan untuk hadir ke KMR untuk memberi penjelasan kepada pelajar. Sedikit sebanyak pelajar memperoleh info. Harapan beliau perkara ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin.