Tentang Blog

My photo
Bantah sekeras-kerasnya keputusan Prof Dr. Mohd Fauzi Ramlan untuk merobohkan Kolej Mohamad Rashid. Kami bantah bukan dek kerana kami ingin menegakkan benang yang basah, kami bantah kerana kebajikan kami bakal terabai. Blog ini diwujudkan adalah untuk menyebarkan maklumat kepada seluruh warga kampus Universiti Putra Malaysia dan masyarakat serta Alumni KMR. Ini bukan provokasi tapi sesuatu kronologi yang benar dan pasti. Diharapkan agar yang membaca benar-benar faham mengenai perasan pelajar KMR dan serba sedikit dapat mengetahui sejauhmana kebajikan pelajar terabai.

Monday 11 April 2011

Pertemuan bersama TNC Akademik & Antarabangsa.....


UPM, 5 April 2011 - Satu perjumpaan bersama Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris(TNC A&A)
bersama wakil pelajar KMR pada jam 3petang.

Beliau terpanggil untuk berbincang mengenai ura-ura pelajar ingin mengadakan demonstrasi mengenai isu KMR. Beliau dimaklumkan Pro Mahasiswa yang ingin mengadakan demonstrasi tersebut. Pihak kami telah menjelaskan kepada beliau, perkara tersebut tidak ada kena mengena dengan pihak Pro M UPM. Dan pelajar tidak mengadakan demonstrasi, cuma perhimpunan aman yang dibuat secara tertutup bersama wakil Unit Pembangunan & Aset UPM. Ia merupakan satu sesi dialog untuk menjelaskan kepada pelajar berkenaan dengan tahap keselamatan KMR.

Sebelum pertemuan diadakan, beliau sempat berhubung dengan Naib Canselor yang pada ketika itu sedang mengerjakan umrah. 

Dalam pertemuan tersebut turut hadir, wakil Unit Pembangunan & Aset ialah Tuan Hj Ismail dan En. Faudzir. Pihak kami difahamkan Pengarah Bahagian Pembangunan tidak dapat hadir disebabkan ada urusan lain.

Datin telah meminta wakil pelajar menghangtar satu memorandum untuk perhatian Naib Canselor dan berjanji untuk mengaturkan satu pertemuan wakil pelajar bersama Naib Canselor pada minggu hadapan. Beliau juga turut mengarahkan supaya wakil pembangunan untuk hadir ke KMR untuk memberi penjelasan kepada pelajar. Sedikit sebanyak pelajar memperoleh info. Harapan beliau perkara ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin.

No comments:

Post a Comment