Tentang Blog

My photo
Bantah sekeras-kerasnya keputusan Prof Dr. Mohd Fauzi Ramlan untuk merobohkan Kolej Mohamad Rashid. Kami bantah bukan dek kerana kami ingin menegakkan benang yang basah, kami bantah kerana kebajikan kami bakal terabai. Blog ini diwujudkan adalah untuk menyebarkan maklumat kepada seluruh warga kampus Universiti Putra Malaysia dan masyarakat serta Alumni KMR. Ini bukan provokasi tapi sesuatu kronologi yang benar dan pasti. Diharapkan agar yang membaca benar-benar faham mengenai perasan pelajar KMR dan serba sedikit dapat mengetahui sejauhmana kebajikan pelajar terabai.

Monday 11 April 2011

Sesi Dialog Bersama Unit Pembangunan & Aset UPM...

KMR, 5 April 2011 - Sesi Penerangan dan dialog secara tertutup telah diadakan di Balai Cendana, KMR pada jam 4 petang. Pihak kami difahamkan Dr. Shattri(Pengarah) tidak dapat hadir dan beliau memohon maaf disebabkan tidak dapat hadir.

Antara wakil yang hadir ialah:
Dari Kiri :En Fuad(Jurutera Elektrik), En Faudzir(Ketua Bahagian Penyelenggaraan, Hj Ismail(Juru Ukur), En. Amran(Ketua Bahagian Pentadbiran dan Kewangan)

Turut hadir bersama wakil BHEP dan Pengarah Bahagian Keselamatan.

Sepanjang sesi penerangan keadaan kelihatan terkawal dan tenang. Namun setelah sesi dialog bermula, keadaan mula kecoh dengan soalan-soalan yang diajukan oleh pelajar. Terdapat banyak soalan-soalan yang tidak dapat dijawab secara jelas.

Mengikut kata seorang individu yang ingin identitinya dirahsiakan, pada pertemuan tersebut beliau telah meminta Bahagian Pembangunan mengeluarkan hitam putih yang dapat membuktikan bahawa bangunan KMR tidak selamat diduduki. Daripada jawapan yang diberikan, pihak pembangunan akan memanggil kontraktor luar untuk memeriksa struktur bangunan tersebut. 

Selain daripada struktur bangunan, pihak pembangunan juga ada menyatakan mengenai sistem pendawaian di KMR yang memerlukan masa yang lama dan kos yang tinggi untuk dibaikki.

Sebelum tamat sesi dialog tersebut, hampir separuh pelajar yang hadir bertindak keluar dari Balai Cendana tersebut. Namun, sesi dialog masih diteruskan.

Pihak Pembangunan juga mengakui bahawa pihaknya tidak dapat memberi jawapan mengenai isu roboh KMR, kerana mereka merupakan badan perlaksana dan bukan badan membuat keputusan tegasnya.

Perjumpaan tersebut diakhiri dengan keadaan yang tenang dan terkawal.

5 comments:

  1. sebagai seorg student anda ada hak untuk mendapat pendidikan cume untk kolej kediaman anda hanya diberi keistimewaan bukan nye hak...bila2 mase keistimewaan tu akan ditarik balik...ibarat deria yg ada pada kite bila2 mse keistimewaan tu boleh ditarik balik,ini kerana deria tu bukan hak kite.......bgila peluang untk membangunkan kmr..berkorbanlah untk generasi akan datang....

    ReplyDelete
  2. sebagai seorang "pelajar" anda ada hak untuk mempersoalkan tindakan universiti ini, kerana anda merupakan pelanggan yang membayar untuk mendapatkan perkhidmatan, bukan percuma.

    kita tidak membayar kepada tuhan untuk kurniakan kita deria.

    berilah peluang KMR dibaikpulih seperti kolej2 lain..cari lubuk ditempat lain sbb UPM itu luas...

    ReplyDelete
  3. ye mmg pelajar merupakan pelanggan...tpi anda tiada hak 100% untk mempertahankan kolej kerana kolej merupakan aset universiti bukan aset pelanggan..ingt ye bukan aset pelanggan..terpulang pada universiti untk membuat keputusan..di UPM bukan ada satu kolej tpi ada 17 kolej kesemuanya..pilih la mne yg anda suka...peace ya...cuma pandangan....

    ReplyDelete
  4. masalahnya kolej masih boleh dibaikpulih..kenapa perlu dirobohkan pula. upm masih luas untuk dilakukan pembangunan tetapi mengapa kmr itu yg dipilih..

    ReplyDelete
  5. dorang ni bukan boleh pakai pun. keja xbuat..laporan mana?? keja cincai la!

    ReplyDelete