Tentang Blog

My photo
Bantah sekeras-kerasnya keputusan Prof Dr. Mohd Fauzi Ramlan untuk merobohkan Kolej Mohamad Rashid. Kami bantah bukan dek kerana kami ingin menegakkan benang yang basah, kami bantah kerana kebajikan kami bakal terabai. Blog ini diwujudkan adalah untuk menyebarkan maklumat kepada seluruh warga kampus Universiti Putra Malaysia dan masyarakat serta Alumni KMR. Ini bukan provokasi tapi sesuatu kronologi yang benar dan pasti. Diharapkan agar yang membaca benar-benar faham mengenai perasan pelajar KMR dan serba sedikit dapat mengetahui sejauhmana kebajikan pelajar terabai.

Friday 8 April 2011

Janji Tinggal Janji

Keputusan penempatan semula pelajar di Kolej Mohamad Rashid UPM telah dipersetujui bersama, Majlis Tertinggi Mahasiswa KMR, Pihak Pengurusan KMR, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Bendahari(Unit Pembangunan) UPM.

Walaubagaimana pun, Timbalan Naib Canselor (HEPA) , Prof. Dr. Fauzi Hj Ramlan dalam kenyataannya tempoh hari, Unit Pembangunan UPM akan melakukan sesuatu setelah keputusan untuk merobohkannya dibatalkan kerana bakal mendapat tentangan hebat dari Alumni dan pelajar.

Terdapat beberapa kelemahan yang dikenalpasti dalam kronologi pembuatan keputusan terrsebut.

1. Bendahari (Unit Pembangunan) tidak ada perancangan yang khusus. Oleh sebab itu tiada sebarang kerja-kerja naik taraf dilakukan.

2. Bendahari (Unit Pembangunan) lambat membuat keputusan.

3. Janji akan melakukan kerja-kerja naik taraf pada semester lepas tidak ditunaikan.

Kabar angin mengatakan tidak akan ada kerja-kerja naik taraf yang akan dilakukan di KMR. Mengapa keputusan ini tidak diberitahu? Mahasiswa KMR mendiamkan diri itu tidak bermakna mereka tidak mengambil tahu tentang perkembangan kolej mereka dan Bendahari (Unit Pembangunan) mendiamkan diri seolah-olah cuba melupakan janji mereka. Apa semua in??? Adakah ini contoh Perkhidmatan yang diberikan oleh kerajaan di negara ini? Adakah UPM satu-satunya universiti yang bersikap begini?

Persoalan yang dilontarkan pelajar:

1. Dimana peruntukan RM4j yang dikatakan dulu?
2. Bendahari tidur ke?
3. Macam ini ke kakitangan kerajaan?
4. UPM tidak prihatin ke dengan pelajar KMR?

Pandangan peribadi penulis adalah, pihak pengurusan universiti tidak sepatutnya bersikap acuh tak acuh begini. Perkara ini tidak akan jadi masalah jika kolej tersebut tidak berpenghuni.

Pihak Pengurusan Universiti perlu membuka mata dan bangkit dari tidur untuk berusaha menyelesaikan isu ini secepat mungkin. Jika perkara seperti ini berlaku pada tahun 80an -90an, sudah pasti mahasiswa pada masa itu akan bangkit dengan suara yang lantang dan berdemonstrasi. Perkara seperti ini lebih elok dielakkan daripada berlaku.

No comments:

Post a Comment