Tentang Blog

My photo
Bantah sekeras-kerasnya keputusan Prof Dr. Mohd Fauzi Ramlan untuk merobohkan Kolej Mohamad Rashid. Kami bantah bukan dek kerana kami ingin menegakkan benang yang basah, kami bantah kerana kebajikan kami bakal terabai. Blog ini diwujudkan adalah untuk menyebarkan maklumat kepada seluruh warga kampus Universiti Putra Malaysia dan masyarakat serta Alumni KMR. Ini bukan provokasi tapi sesuatu kronologi yang benar dan pasti. Diharapkan agar yang membaca benar-benar faham mengenai perasan pelajar KMR dan serba sedikit dapat mengetahui sejauhmana kebajikan pelajar terabai.

Friday 8 April 2011

Kronologi peristiwa -isu KMR-

APRIL 2010 (Study week)
Menghantar memorandum menuntut KMR dibaikpulih dan diselenggara kepada Naib Canselor.

JULAI 2010 – Mesyuarat bersama (Ketua BHEP, BAHAGIAN PEMBANGUNAN, PENGERUSI JEMAAH PENGETUA, KETUA UNIT PENEMPATAN PELAJAR, PENGURUS KOLEJ SERTA PRESIDEN) 


KMR hanya akan di baik pulih, setelah didapati tidak melepasi penyelarasan ISO. Wakil daripada PEMBANGUNAN telah membuat semakan di KMR dan menyatakan KMR perlu dibaik pulih kerana masalah perpaipan, ‘wiring’, tingkap yang pecah. Proses pecah tanah  sepatutnya bermula 02/07/2010 dan akan mengambil masa 4 tahun. Tiada hitam putih dikeluarkan untuk perjumpaan ini. Pelan Penyelenggaraan hanya dibenarkan dilihat oleh Majlis Tertinggi Mahasiswa [MTM] tapi tidak dibenarkan untuk memiliki ‘soft copy’.

SEBELUM BERMULA SEMESTER  1 (2010/2011)
Maklumat mengenai pengosongan KMR disebarkan kepada pelajar-pelajar KMR menerusi surat daripada pengurusan KMR bermula pada sem 1 (2010/2011). Pelajar KMR di tempatkan di Kolej SERUMPUN buat sementara waktu.

KEHIDUPAN PADA SEMESTER  1 (2010/2011)
Wujud kesukaran untuk MTM mengadakan aktiviti kolej dan menguruskan pelajar kerana kedudukan pelajar yang tidak setempat dan bertebaran. Tetapi, aktiviti tetap dijalankan walaupun terpaksa menyediakan bas untuk mengadakan aktiviti kolej di kolej sendiri iaitu KMR. 

OCTOBER 2010 – PERJUMPAAN KEDUA DENGAN TNC, PEMBANGUNAN, KETUA BAHAGIAN
MTM KMR meminta penjelasan mengapa KMR masih lagi tiada perubahan? TNC tidak tahu-menahu mengenai isu ini dan kecewa mengapa pelbagai janji dibuat dengan pelajar namun tiada sebarang tindakan?? Mengapa pelajar KMR tidak dibenarkann masuk semula ke kolej kediaman mereka?? Dan keputusan diambil untuk memanggil semula pelajar KMR pulang, pemberitahuan dibuat menerusi pengumuman dan pemberitahuan kepada pelajar-pelajar KMR. (Arahan Prof Fauzi Ramlan)

BERMULA SEMESTER 2 (2010/2011)
Pelajar KMR pulang semula ke kolej kediaman mereka semula…

JANUARI – PERJUMPAAN DENGAN TNC (FAUZI RAMLAN)
Perubahan rancangan secara mendadak diputuskan TNC, status KMR akan dinaiktaraf. Didapati terdapat Pelan Baru yang telah dikemukakan oleh Timbalan Naib Canselor. PELAN BARU ini dirangka dalam keadaan pihak PEMBANGUNAN tidak datang semula ke KMR dan hanya menggunakan pemerhatian yang mereka jalankan pada tahun lalu (Sebelum bermula semester 1 2010/2011). (juga tiada hitam putih untuk pertemuan kali ini).

FEB @ MAC – PERJUMPAAN KETIGA, TIMBALAN NAIB CANSELOR,  DAN ORANG-ORANG YANG TERLIBAT
Berdasarkan plan yang dilihat wakil-wakil KMR bersama pihak atasan, KMR akan dirobohkan bukan ‘Redevelopment’. Berdasarkan perancangan, KMR akan diganti dengan kompleks pelajar setinggi 8 tingkat yang dilengkapi dengan saloon, bowling (tujuannya untuk memudahkan pelajar agar tidak perlu ke luar bagi mendapatkan hiburan dan perkhidmatan), dan akan dibina penempatan bagi pelajar elit (seperti pelajar MSN).

15 MAC 2011 –PERJUMPAAN MPP BERSAMA MTM KMR
Perjumpaan ahli Majlis Perwakilan Pelajar [MPP]  bersama MTM KMR, wakil MPP menyatakan KMR tidak akan dirobohkan, hanya sebahagian bangunan sahaja yang akan dirobohkan. MPP juga menyampaikan hasrat TNC agar pelajar-pelajar dapat bertenang. Semasa perjumpaan, terdapat banyak percangahan maklumat yang dibawa oleh MPP. Adakah TNC cakap pada MTM lain dan MPP lain??

 PERJUMPAAN KE-4 bersama TNC/PEMBANGUNAN PADA 24 MAC BATAL..
Mesyuarat dibatalkan kerana TNC tiada setelah Setiausaha TNC membuat panggilan telefon kepada wakil MTM KMR pada 21 MAC 2011.Pihak MTM KMR pernah buat appointment baharu ingin bertemu dengan Naib Canselor, Tetapi kes ini diserahkan semula kepada Timbalan Naib Canselor, Prof. Dr. Fauzi Ramlan.

(23 Mac 2011)  PERJUMPAAN TERGEMPAR MTM BERSAMA PELAJAR KMR
Satu perjumpaan bersama pelajar-pelajar KMR telah diadakan bagi membincangkan isu-isu KMR. Daripada perjumpaan tersebut satu keputusan persetujuan bersama telah dibuat.Pelajar telah sepakat untuk mempertahankan KMR daripada dirobohkan demi memastikan kebajikan mereka terbela di samping mengekalkan warisan sejarah yg ada di sini.

Mesyuarat MTM dan wakil2 KMR bersama NC dihalang.
Mesyuarat dengan NC tidak kesampaian apabila TNC tidak membenarkan pelajar masuk ke pejabat NC sebaliknya disuruh menunggu di bawah. Setelah 10 minit menunggu, TNC turun dan membentangkan hasil perbincangan beliau dengan NC. Dalam perjumpaan ini,wakil KMR telah meminta supaya ditunjukkan hitam putih yang mengatakan KMR tidak selamat diduduki. Namun TNC mengatakan laporan tersebut ada dengan pihak pembangunan dan meminta MTM KMR mendapatkannya dengan pihak berkenaan.

(5 APRIL 2011) PERJUMPAAN WARGA KMR BERSAMA BAHAGIAN PEMBANGUNAN UPM
Perjumpaan yang akan dibuat bermula pada pukul 4.00 petang namun begitu sejak awal pagi, kelihatan ramai pengawal2 UPM berkawal di pagar dan sekitar KMR. Dalam perjumpaan tersebut, pelajar2 meminta pihak pembangunan menunjukkan laporan hitam putih seperti yang dinyatakan TNC ada pada pihak pembangunan. Pihak pembangunan meminta tempoh seminggu untuk membuat laporan tersebut dan ini bermakna laporan tersebut masih belum dibuat. Jelas percanggahan kenyataan oleh TNC dengan Pihak Pembangunan di situ.

(6 APRIL 2011) PERJUMPAAN MPP UPM BERSAMA PELAJAR-PELAJAR KMR
wakil MPP menyatakan kebajikan pelajar KMR akan terjamin sekiranya berpindah ke serumpun.Pelajar tidak berpuashati kerana tiada jaminan ia akan dipenuhi sebaliknya pelajar tetap bertegas untuk terus mempertahankan KMR selagi tiada hitam putih menyatakan KMR tidak selamat. MPP juga menyampaikan hasrat TNC agar pelajar-pelajar dapat bertenang dan memenuhi syarat2 yg telah ditetapkan untuk perjumpaan dengan TNC pada selasa hadapan (12 April 2011) - Setakat ini tiada perancangan untuk membaling kasut seperti yang dikatakan oleh MPP!

No comments:

Post a Comment